awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus jualan rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud

Bernama
Bernama
14/06/2025
14:45 MYT
Pengurus jualan rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Mangsa berurusan dengan individu yang menawarkan skim pelaburan berkenaan pada 19 April lepas.
SEREMBAN: Seorang pengurus jualan di sebuah kilang swasta di Nilai dekat sini mengalami kerugian RM389,000, selepas terperdaya dengan skim pelaburan saham menerusi media sosial Facebook yang menjanjikan keuntungan lumayan, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata lelaki tempatan berusia lewat 40-an itu mendakwa berurusan dengan individu yang menawarkan skim pelaburan berkenaan pada 19 April lepas, sebelum diminta memuat turut sebuah aplikasi "P3X" ke dalam telefon bimbitnya.
"Dia yang berminat dengan skim berkenaan kemudian memindahkan wang ke dalam enam akaun yang diberikan individu itu menerusi sembilan transaksi, dengan keseluruhan berjumlah RM389,000 untuk tujuan pelaburan terbabit.
"Mangsa menyedari telah ditipu selepas aplikasi yang dimuat turun tidak dapat diakses olehnya, selain tidak dapat mengeluarkan keuntungan seperti yang dijanjikan sebelum membuat laporan polis pada 2.50 petang tadi," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata susulan itu satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Abdul Malik menasihatkan orang awam supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum menyertai apa-apa pelaburan dan tidak memberikan maklumat bank kepada individu tidak dikenali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#sindiket penipuan
#skim pelaburan saham
#Facebook
#mangsa kerugian
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan