awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus kerugian RM11,000 ditipu pembelian dalam talian

Bernama
Bernama
26/04/2020
20:35 MYT
Pengurus kerugian RM11,000 ditipu pembelian dalam talian
Mangsa hanya menerima 35 kotak penutup hidung dan mulut sahaja dan pada 23 April telah menerima satu lagi bungkusan (daripada penjual yang sama) berisi barangan seperti roti, sabun dan 'spaghetti'. - Gambar fail
Seorang pengurus di sini mendakwa kerugian lebih RM11,000 apabila hanya menerima sebahagian kecil penutup hidung dan mulut yang ditempah daripada seorang individu menerusi sebuah aplikasi jualan dalam talian baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata pengurus berusia 37 tahun itu mendakwa telah membayar RM11,720 secara pindahan dalam talian kepada individu itu pada 30 Mac lepas untuk pembelian 158 kotak penutup hidung dan mulut pelbagai jenis.
"Namun pada 14 April lepas, pengadu (mangsa) hanya menerima 35 kotak penutup hidung dan mulut sahaja dan pada 23 April telah menerima satu lagi bungkusan (daripada penjual yang sama) berisi barangan seperti roti, sabun dan 'spaghetti'," katanya kepada pemberita.
Mangsa seterusnya menghubungi syarikat kurier yang menghantar barangan itu dan diberitahu terdapat 24 kotak yang bertanda penutup hidung dan mulut yang sepatutnya dihantar kepadanya telah dikembalikan ke ibu pejabat syarikat kurier berkenaan di Kuala Lumpur.
Stanley berkata mangsa masih belum dapat memastikan sama ada kotak-kotak berkenaan mengandungi barangan seperti yang ditandakan pada kotak berkenaan.
"Dia (mangsa) turut menghubungi penjual barangan itu untuk mendapatkan kembali wang yang dibayarnya namun sehingga ke hari ini, penjual tersebut tidak mengembalikan wang pengadu menyebabkan mangsa membuat laporan polis semalam," katanya dan menjelaskan kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ditipu
#jenayah
#mangsa
#Penutup mulut dan hidung
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan