NATIONAL
Pengurus ladang rugi RM1.9 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud

Seorang pengurus ladang kelapa sawit kerugian RM1.9 juta selepas terperdaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud. -Gambar hiasan/Pixabay
JOHOR BAHRU: Seorang pengurus ladang kelapa sawit kerugian RM1.9 juta selepas terperdaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.
Ringkasan AI
- Seorang pengurus ladang kelapa sawit kerugian RM1.9 juta selepas terperdaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.
- Mangsa ditawarkan pelaburan melalui WhatsApp dan diarahkan memuat turun aplikasi pelaburan sebelum membuat pembayaran ke beberapa akaun bank.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan selepas mangsa menyedari dia telah ditipu dan membuat laporan polis.
"Mangsa telah membuat pembayaran berjumlah RM1.9 juta ke beberapa akaun bank yang diarahkan antara Disember 2024 hingga Februari lepas. Selepas bayaran dibuat, dia melihat status pelaburannya di aplikasi tersebut mencatatkan keuntungan sebanyak USD22.2 juta.
"Mangsa mahu mengeluarkan wang itu tetapi masih diminta membuat pembayaran. Mangsa percaya telah ditipu lalu membuat laporan polis semalam," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami