awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus pengaturcara rugi RM2.33 juta jadi mangsa ‘love scam’

Bernama
Bernama
09/08/2025
07:00 MYT
Pengurus pengaturcara rugi RM2.33 juta jadi mangsa ‘love scam’
Mohd Alwi berkata siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Seorang pengurus pengaturcara sebuah kilang di Bayan Lepas, dekat sini kerugian lebih RM2.33 juta akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau "love scam" baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita tempatan kerugian lebih RM2.33 juta akibat terpedaya dengan sindiket penipuan cinta yang bermula melalui kenalan WhatsApp dengan lelaki kononnya dari Kanada.
  • Mangsa membuat 71 transaksi ke 14 akaun bank tempatan, kononnya bagi urusan projek grid elektrik dan bayaran menunaikan cek palsu.
  • Polis menyiasat kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan mengingatkan orang awam agar berwaspada terhadap penipuan dalam talian yang berselindung di sebalik hubungan peribadi.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata wanita warga tempatan berusia 53 tahun itu telah berkenalan dengan seorang lelaki kononnya warga Singapura yang menetap di Ottawa, Kanada pada Februari tahun lepas melalui ibu saudaranya ketika menghadiri seminar di Kuala Lumpur.
"Sepanjang perkenalan, mangsa hanya berhubung melalui aplikasi WhatsApp dan pada Mac 2024, suspek memaklumkan kepada wanita itu yang dia menjalankan perniagaaan pemasangan grid elektrik dengan kerajaan Oman," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa diminta untuk membuat pemindahan wang bagi pembelian bahan mentah projek berkenaan melalui akaun suspek dengan alasan capaian Internet di Oman tidak stabil.
Mohd Alwi berkata wanita itu kemudiannya membantu dengan mengakses akaun milik lelaki itu dan membuat pemindahan seperti diarahkan suspek sebelum menerima panggilan memaklumkan pindahan berkenaan tidak berjaya kerana melibatkan negara berbeza.
Beliau berkata lelaki itu meminta mangsa membuat pembayaran caj perkhidmatan bank terlebih dahulu dan berjanji akan membayar semula kepada mangsa.
"Sejak 28 Mac 2024 hingga 18 Ogos 2024, mangsa telah membuat 58 transaksi ke sembilan akaun bank tempatan berbeza membabitkan jumlah keseluruhan RM1.936 juta.
"Pada Sept 2024, suspek memaklumkan kepada mangsa yang dia telah mendepositkan cek berjumlah AS$404,500 ke dalam akaun 'Heritage Asset Bank Oman' untuk membayar wang wanita itu dan mangsa dihubungi pegawai khidmat pelanggan bank berkenaan cawangan Malaysia yang memaklumkan perlu buat bayaran untuk menunaikan cek," katanya.
Beliau berkata pada 25 Sept 2024 hingga 4 Julai lepas, pengurus pengaturcara itu telah membuat 13 transaksi lagi ke lima akaun bank tempatan berbeza melibatkan RM399,407, kononnya untuk bayaran menunaikan cek.
Mohd Alwi berkata siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurus pengaturcara
#love scam
#terperdaya
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan