AYER KEROH: Seorang pengurus pusat pemberian vaksin (PPV) didenda RM1,700, manakala seorang wanita Indonesia dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas didapati bersalah terbabit dalam penipuan identiti bagi mendapatkan suntikan vaksinasi.
Majistret Izwan Mohamed Noh membuat keputusan itu terhadap Chong Dee Loon, 52, serta Nela, 29, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Dee Loon didakwa sengaja tidak memberikan maklumat mengenai kehadiran Nela yang disyaki menggunakan pasport individu lain bagi tujuan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 kepada pegawai polis.
Wanita terbabit didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Nela didakwa memperdayakan petugas PPV Pusat Konvensyen Bayou Lagoon, Bukit Katil, dengan menyamar menggunakan pasport individu lain bernama Siti Aisyah sehingga mendorong petugas memberikan suntikan vaksin COVID-19.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa mengikut Seksyen 6(1) c Akta Imigresen 1953/63 Pindaan 2002 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama atas kesalahan memasuki dan tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 10.08 pagi pada 22 Ogos 2021 dan jam 10.54 pagi, 12 September di PPV berkenaan.
Dalam prosiding sama, seorang pengurus kilang telur, Yong Yeow Ming, 50, mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat menipu petugas PPV sama hingga mendorong suntikan itu diberikan kepada Nela.
Yeow Ming didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 419 yang boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM5,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 10 November depan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri, manakala Dee Loon dan Yeow Ming masing-masing diwakili peguam, Kent Tan Chiw Teng dan Aider Chan Chee Yuan.
Astro Awani
Fri Oct 01 2021
Majistret Izwan Mohamed Noh membuat keputusan itu terhadap Chong Dee Loon, 52, serta Nela, 29, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. - Foto Astro AWANI
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pengurus PPV didenda, wanita Indonesia dipenjara terbabit penipuan identiti vaksinasi
Majistret Izwan Mohamed Noh membuat keputusan itu terhadap Chong Dee Loon, 52, serta Nela, 29, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.