awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus resort didenda simpan hidupan liar tanpa lesen, permit

Bernama
Bernama
13/03/2024
09:34 MYT
Pengurus resort didenda simpan hidupan liar tanpa lesen, permit
Jefri Ramli mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa lesen dan permit. - Foto Bernama
SEREMBAN: Seorang pengurus resort didenda RM2,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa lesen dan permit.
Bagi pertuduhan pertama, Jefri Ramli, 50, didenda RM500 atau sebulan penjara manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga dia didenda RM1,000 bagi setiap pertuduhan atau sebulan penjara.
Mengikut pertuduhan pertama, Jefri didakwa menyimpan tiga ekor burung murai batu di sebuah premis di Jalan Bukit Putus Lama di sini pada 6.30 petang, 12 Sept 2019, mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa menyimpan seekor kura-kura duri bukit dan seekor ungka tangan putih yang belum cukup usia matang, di lokasi, masa dan tarikh yang sama, masing-masing mengikut Seksyen 68(1)(a) dan Seksyen 69(1) akta sama.
Dalam pada itu, seorang lagi lelaki turut didenda RM1,000 di mahkamah sama selepas mengaku bersalah menyimpan bahagian kepala dan daging kijang seberat 1.4 kilogram, di kediaman tidak bernombor di Johol pada 10.45 pagi, 12 Mac 2021.
Mohd Rosli Amat, 53, didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 60 (1)(a) Akta 716 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 60 (1) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kesemua pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Gilmoore Bolongan di hadapan Hakim Mazni Nawi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Gilmoore memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran dan amaran kepada semua pihak bahawa jenayah melibatkan hidupan liar adalah serius dan sekiranya tidak dibendung segera akan menjejaskan ekosistem habitat semula jadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurus resort didenda
#simpan hidupan liar dilindungi
#tanpa lesen dan permit
#Perhilitan
#Mahkamah Sesyen Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan