awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
STR terus jadi sandaran bantu kos sara hidup
Penubuhan Ombudsman bakal perkukuh tadbir urus, skor CPI negara - Pengerusi EAIC
Orang ramai diminta tampil bantu siasatan kes bunuh di Klang Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus syarikat didenda RM60,000 tipu komisen projek pemasangan papan iklan

Bernama
Bernama
01/12/2025
07:48 MYT
Pengurus syarikat didenda RM60,000 tipu komisen projek pemasangan papan iklan
Seorang bekas pengurus syarikat didenda RM60,000 atas kesalahan menipu melibatkan komisen projek pemasangan papan iklan. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang bekas pengurus syarikat didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu melibatkan komisen projek pemasangan papan iklan lima tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Bekas pengurus syarikat didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menipu dalam kes komisen projek pemasangan papan iklan lima tahun lalu.
  • Tertuduh memperdaya pemilik syarikat dengan mendakwa memerlukan komisen RM30,000 untuk mendapatkan projek papan iklan di kawasan awam, perumahan, dan sekolah.
  • Mahkamah memerintahkan bayaran denda RM60,000 atau penjara enam bulan, menegaskan hukuman sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mohd Yusof Ibrahim, 58, didakwa memperdaya seorang pemilik syarikat untuk mempercayai bahawa pengarah pembangunan sebuah syarikat pengiklanan meminta komisen RM30,000 bagi mendapatkan projek memasang dan menyelenggara papan iklan bersaiz 2,200 x 2,400 milimeter di kawasan awam, perumahan serta sekolah.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di daerah Kuantan antara Jun hingga Julai 2020 mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak lagi bekerja dan menanggung isterinya seorang suri rumah dan dua anak mereka serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Rabiatul Addawiah Mohd Norlee memohon hukuman berat dan setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat.
Hakim Sazlina Safie memerintahkan Mohd Yusof membayar denda RM60,000 atau berdepan hukuman penjara selama enam bulan.
Mohd Yusof membayar denda itu.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#pengurus syarikat didenda
#tipu komisen
#Rasuah
#SPRM
#Kuantan
#pemasangan papan iklan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan