awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus syarikat disyaki minta rasuah untuk dapatkan gelaran Datuk Seri direman tiga hari

Bernama
Bernama
17/12/2024
07:45 MYT
Pengurus syarikat disyaki minta rasuah untuk dapatkan gelaran Datuk Seri direman tiga hari
Suspek ditahan semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
MELAKA: Seorang pengurus syarikat swasta direman tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran 'Datuk Seri' dari sebuah negeri dua tahun lepas.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 54 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nabilah Nizam.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka Adi Supian Shafie berkata suspek ditahan kira-kira 5.10 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
"Lelaki itu telah dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman yang dibenarkan hingga 19 Dis ini," katanya ketika dihubungi.
Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurus syarikat direman
#minta rasuah
#SPRM
#gelaran Datuk Seri
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan