awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus Teknikal, Operasi UMP maut tercampak keluar dari kenderaan

Bernama
Bernama
08/03/2018
10:09 MYT
Pengurus Teknikal, Operasi UMP maut tercampak keluar dari kenderaan
Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan 4X4 jenis Mitsubishi Triton itu tidak dapat mengawal kenderaan selepas melanggar aliran air yang melintas jalan ekoran keadaan hujan lebat semasa kejadian. - Gambar hiasan
Pengurus Teknikal dan Operasi Universiti Malaysia Pahang (UMP) maut selepas tercampak keluar daripada kenderaan pacuan empat roda (4X4) milik UMP Ecopest Sdn Bhd yang dinaikinya di kilometer 180.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) semalam.
Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata dalam insiden 2.05 petang itu, mangsa Siti Zubaidah Kamarudin, 39, yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.
Katanya mangsa yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kuantan atas urusan kerja.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan 4X4 jenis Mitsubishi Triton itu tidak dapat mengawal kenderaan selepas melanggar aliran air yang melintas jalan ekoran keadaan hujan lebat semasa kejadian.
"Kenderaan itu kemudiannya terbabas ke sebelah kiri jalan dan berpusing beberapa kali sebelum merempuh sebuah kereta Proton Perdana yang berhenti di bahu jalan akibat rosak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Norzamri berkata pemandu 4X4 Mohd NurSyahizan Yaacob, 41, penumpang belakang iaitu Mohd Raimi Saiffuddin Rohadi, 27, tidak cedera manakala isterinya Sherra Sabtu, 27, mengalami lebam pada kepala.
Pemandu Proton Perdana Ahmad Ikhwan Aad Suhaimi, 29, juga tidak mengalami kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Kuala Lumpur
#Kuala Terengganu
#Kuantan
#maut
#terbabas
#tercampak
#UMP
#Universiti Malaysia Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan