awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurusan mayat pesakit COVID-19 di ibu negara teratur - KP NADMA

Bernama
Bernama
07/08/2021
10:34 MYT
Pengurusan mayat pesakit COVID-19 di ibu negara teratur - KP NADMA
Aminuddin berkata Pusara, yang mula beroperasi pada akhir Julai lepas, merupakan inisiatif bersama pelbagai agensi seperti NADMA, DBKL, HKL dan Jawi. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Aminuddin Hassim berkata pengendalian mayat pesakit COVID-19 di sekitar ibu negara ketika ini adalah teratur dan terurus, tidak seperti dakwaan sesetengah pihak di media sosial yang menyatakan sebaliknya.
Beliau berkata Pusat Sehenti Sementara (Pusara), yang berfungsi menguruskan mayat pesakit COVID-19 Islam dan bukan Islam serta terletak berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) diwujudkan bagi memastikan perkara itu.
Aminuddin berkata, terdapat lima kontena yang boleh memuatkan 225 mayat pada satu-satu masa di Pusara ketika ini diuruskan kira-kira 70 petugas dan sukarelawan.
"Dalam satu hari, kita boleh keluarkan dalam 50 mayat untuk diproses serta dituntut keluarga dan setiap hari, kita dapat memastikan bahawa data dapat dikumpul, mayat dapat diuruskan dengan lebih teratur serta bersepadu," katanya selepas meninjau urusan pengebumian 18 jenazah pesakit COVID-19 di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Lebuhraya KL-Karak, Taman Selaseh hari ini.
Beliau berkata Pusara, yang mula beroperasi pada akhir Julai lepas, merupakan inisiatif bersama pelbagai agensi seperti NADMA, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, HKL dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Topic Berkaitan
#mayat
#jenazah
#Agensi Pengurusan Bencana Negara
#Aminuddin Hassim
#NADMA
#pengurusan mayat
#pesakit
#COID-19
#ibu negara
#pusat sehenti sementara
#pusara
#HKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan