awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis keluarga Beckham: Pertikaian cap dagang dedah retak dalam keluarga selebriti
Model baharu jam tangan mewah ciri-ciri bilionair India, Mukesh Ambani dianggar bernilai AS$1.5 juta
Kereta kebal Israel bedil tentera Lubnan semasa misi bersama pasukan pengaman PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurusan persepsi awam kunci kejayaan reformasi sektor pendidikan, pertahanan

Asyraf Malik
Asyraf Malik
23/01/2026
22:50 MYT
Pengurusan persepsi awam kunci kejayaan reformasi sektor pendidikan, pertahanan
Noor Nirwandy berkongsi pandangan mengenai strategi komunikasi kerajaan dalam program Pantau Agenda Reformasi pada Jumaat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Reformasi besar melibatkan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) dan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) perlu disampaikan kepada masyarakat melalui pendekatan komunikasi strategik berasaskan kefahaman psikologi sosial.
Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan & Politik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, kerajaan kini berdepan cabaran besar dalam landskap maklumat yang bersifat 'suboptimal zone.'
Ia merupakan satu keadaan di mana perbincangan awam di media sosial bergerak secara rawak, dinamik dan dipengaruhi algoritma, sekali gus menuntut kerajaan mengatur strategi komunikasi polisi yang lebih kreatif dan berimpak tinggi.
"Keadaan ini sebenarnya membuka peluang untuk memastikan agenda penting seperti rancangan pendidikan dan aspirasi pertahanan negara difahami secara lebih strategik dan bersasar oleh masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Pantau Agenda Reformasi pada Jumaat.
Tambah Nirwandy, reformasi pendidikan tidak boleh disampaikan secara teknikal semata-mata, sebaliknya perlu dibingkaikan sebagai satu naratif masa hadapan negara yang dekat dengan kehidupan seharian rakyat, termasuk ibu bapa dan anak muda.
“Rancangan pendidikan ini perlu diterjemahkan sebagai satu revolusi yang menyentuh realiti masyarakat, daripada pendidikan awal kanak-kanak, pembinaan karakter, peluasan elemen kognitif, hinggalah kepada kesan ekonomi seperti pertambahan guru dan pembangunan ekosistem sekolah,” jelasnya.
Dalam masa sama, beliau menekankan bahawa DIPN juga perlu disampaikan kepada rakyat dengan konteks membentuk minda keselamatan dan kesedaran nasional supaya bersiap-siaga menghadapi ancaman musuh.
“Aspirasi pertahanan negara dan pembangunan industri pertahanan perlu difahami sebagai teras kepada keharmonian dan penyatuan masyarakat.
"Rakyat harus dididik supaya memahami asas pertahanan, kesiapsiagaan dan semangat mempertahankan negara, bukan hanya melihatnya sebagai isu ketenteraan semata-mata.
“Naratif minda keselamatan ini penting untuk melahirkan sentimen nasionalisme dan patriotisme yang matang, di mana masyarakat memahami reformasi dasar pertahanan adalah pelaburan jangka panjang untuk kelangsungan negara,” ujar Nirwandy.
Tegas Nirwandy, kejayaan RPM dan DIPN bukan sekadar kandungan polisi, tetapi sejauh mana strategi hebahan kerajaan mampu merangkumkan perbincangan awam secara inklusif agar masyarakat dibawa bersama dalam proses perubahan tersebut.
Topic Berkaitan
#RPM
#DIPN
#komunikasi strategik
#Dr Noor Nirwandy Mat Noordin
#strategi hebahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan