Pengusaha chalet, resort diarah siar video bahaya aktiviti laut musim tengkujuh

Semua pengusaha chalet dan resort di Terengganu disaran menyiarkan klip video pendek mengenai bahaya aktiviti laut semasa Monsun Timur Laut. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Semua pengusaha chalet dan resort di tepi pantai serta pulau di Terengganu disaran menyiarkan klip video mengenai bahaya aktiviti di laut ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.
Ringkasan AI
- Semua pengusaha chalet dan resort di Terengganu disaran menyiarkan klip video pendek mengenai bahaya aktiviti laut semasa Monsun Timur Laut bermula November ini bagi meningkatkan kesedaran keselamatan pengunjung.
- Kerajaan negeri tidak mengeluarkan arahan rasmi penutupan pulau, namun pengusaha diminta mematuhi amaran keselamatan termasuk larangan belayar ketika ombak besar dan pemakaian jaket keselamatan yang diwajibkan.
- Beberapa resort di Pulau Redang dan Pulau Perhentian masih beroperasi atas permintaan pelancong, memandangkan musim tengkujuh tidak berterusan dan bot masih boleh masuk tiga hingga empat kali sebulan.
"Video itu dah ada. Alhamdulillah kita sifar korban tahun lepas ... tidak ada kematian. Jadi kita harap pengusaha betul-betul mengambil langkah keselamatan dan begitu juga pengunjung," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Razali berkata kerajaan negeri tidak mengeluarkan arahan rasmi mengenai penutupan pulau pada musim tengkujuh.
Terdapat beberapa chalet dan resort besar di Pulau Redang dan Pulau Perhentian yang masih beroperasi pada musim berkenaan atas permintaan pelancong.
"Walaupun musim tengkujuh atau MTL di Terengganu bermula pada November hingga Februari atau Mac, namun ia bukan berterusan sepanjang bulan. Dalam sebulan ada tiga atau empat kali bot boleh masuk.
"Jadi terpulang kepada pengusaha untuk tentukan, tetapi kita sudah beri amaran kalau ombak besar tidak boleh belayar. Aspek keselamatan seperti pemakaian jaket keselamatan sangat penting dan diwajibkan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami