Skip to main content

Dunia

Pemimpin G7 bincang pemulihan ekonomi global

U.S. President Donald Trump, OpenAI CEO Sam Altman, Google DeepMind CEO Demis Hassabis, South Korea's President Lee Jae Myung, Germany's Chancellor Friedrich Merz and Japan's Prime Minister Sanae Takaichi attend a working lunch with G7 leaders, G7 outreach partners and global tech CEOs on innovation and AI during the G7 Summit in Evian-les-Bains, France, June 17, 2026.REUTERS/Evelyn Hockstein REFILE - ADDING INFORMATION
Pemimpin negara Kumpulan Tujuh (G7) akan membincangkan langkah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi mampan pada Rabu ketika berdepan tekanan yang ditimbulkan oleh perang di Iran terhadap ekonomi global. - Foto REUTERS/Evelyn Hockstein

EVIAN (PERANCIS): Pemimpin negara Kumpulan Tujuh (G7) akan membincangkan langkah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi mampan pada Rabu ketika berdepan tekanan yang ditimbulkan oleh perang di Iran terhadap ekonomi global, lapor agensi berita Jerman dpa.

Perkara itu merupakan antara agenda pada hari terakhir sidang kemuncak yang berlangsung di bandar peranginan Evian, Perancis.

G7 dianggotai Jerman, Perancis, Britain, Itali, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat (AS). Perancis memegang jawatan presiden bergilir kumpulan itu pada tahun ini.

Perbincangan berlangsung dengan latar belakang perjanjian rangka kerja yang bertujuan menamatkan perang di Iran telah dicapai, namun kebimbangan terhadap kesan ekonomi akibat konflik itu masih berterusan.

Para pemimpin dijangka memberi tumpuan kepada langkah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan hubungan perdagangan serta memastikan persaingan yang adil dalam persekitaran global yang semakin tidak menentu.

Dasar tarif agresif Presiden AS Donald Trump telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakan G7 Washington dan dijangka menjadi antara topik utama perbincangan.

Selepas sidang kemuncak itu, Presiden Perancis Emmanuel Macron dijadual menjadi tuan rumah kepada Trump di Istana Versailles berhampiran Paris.

Macron turut akan menganjurkan majlis makan malam sempena ulang tahun ke-250 kemerdekaan AS.

Kedua-dua pemimpin itu sering bertikam lidah sebelum ini, namun Macron berusaha memperbaiki hubungan sepanjang sidang kemuncak di Evian.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video

Advertisement