awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha kedai makan didakwa dera anak saudara

Bernama
Bernama
01/06/2025
07:00 MYT
Pengusaha kedai makan didakwa dera anak saudara
Seorang wanita berusia 52 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mendera anak sepupunya yang berusia 15 tahun di sebuah kedai makan di Binjai antara Mac hingga 22 Mei lalu. -Gambar hiasan
CHUKAI: Seorang pengusaha kedai makan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendera anak perempuan kepada sepupunya di Binjai, di sini.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita berusia 52 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mendera anak sepupunya yang berusia 15 tahun di sebuah kedai makan di Binjai antara Mac hingga 22 Mei lalu.
  • Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh, seorang wanita berusia 52 tahun bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Wanita yang mempunyai hubungan pemeliharaan kepada remaja perempuan berusia 15 tahun itu didakwa telah mengabaikan sehingga menyebabkan remaja itu mengalami kecederaan fizikal.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 5.30 petang di sebuah kedai makan di Binjai dekat sini antara bulan Mac hingga 22 Mei lepas, mengikut dibawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang membawa hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Asyikin Hashim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dera anak sepupu
#Kanak-kanak
#kedai makan di Binjai
#wanita berusia 52 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan