Akibat menaikkan harga minuman teh 'o' ais dari RM2.80 hingga RM4 segelas, seorang pemilik restoran di Kota Bharu, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, kerana kesalahan mencatut.
Hakim Mahkamah Sesyen, Adli Abdul Ghalib menjatuhkan hukuman denda berkenaan terhadap pemilik restoran di Jalan Tok Hakim di sini kerana tidak mematuhi Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2014.
Pemilik Restoran Ozarah Cafe, Jessica Choo Kim Lian, mengaku salah dan membayar denda yang dikenakan.
Mengikut fakta pertuduhan, Jessica didakwa mencatut dengan mengenakan harga segelas teh o ais dengan menaikkan harga dari RM2.80 kepada RM4 di Jalan Tok Hakim pada 29 September lalu.
Pemilik restoran berkenaan didakwa mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 18(b) akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara 3 tahun.
Astro Awani
Sun Nov 20 2016
Pengusaha mengenakan harga segelas teh o ais dengan menaikkan harga dari RM2.80 kepada RM4 di Jalan Tok Hakim pada 29 September lalu. - Gambar hiasan
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
Pengusaha restoran di Kelantan caj RM4 segelas teh 'o' ais, kena denda RM8,000
Pemilik restoran berkenaan dikenakan hukuman denda kerana tidak mematuhi Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2014.