awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha stesen minyak laksana gaji minimum

Bernama
Bernama
27/12/2012
07:05 MYT
Pengusaha stesen minyak laksana gaji minimum
Sebanyak 3,640 stesen minyak di seluruh negara akan melaksanakan peraturan gaji minimum berkuatkuasa 1 Jan depan, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman.
Beliau berkata kadar gaji minimum sebelum ini antara RM600 dan RM700 akan ditingkatkan sebanyak RM900 bagi Semenanjung, manakala bagi Sabah dan Sabah adalah sebanyak RM800.
Bagaimanapun, katanya pelaksanaan gaji minimum akan menyumbang kepada peningkatan kos pengurusan sebanyak 30 peratus kepada pengusaha stesen minyak.
"Peningkatan kos akan meningkat, bukan sahaja gaji tetapi EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), Sosco (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan bayaran overtime (kerja lebih masa) juga akan meningkat naik," katanya, Khamis.
Kerajaan sebelum ini menetapkan kadar gaji minimum sektor swasta di mana, bagi Semenanjung Malaysia sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.
Topic Berkaitan
#Datuk Hashim Othman
#gaji minimum
#stesen minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan