awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga bebas tuduhan merogol di kebun kelapa sawit

Astro Awani
Astro Awani
08/12/2016
09:02 MYT
Peniaga bebas tuduhan merogol di kebun kelapa sawit
Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Perak membebaskan seorang peniaga daripada tuduhan merogol.
Seorang peniaga dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Perak daripada tuduhan merogol, dua tahun lepas.
Hakim, Niran Tan Kran membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap pertuduhan dihadapi Mohammad Shariff Saad, 37 tahun.
Mohammad Shariff yang bekerja sendiri dituduh melakukan kesalahan ke atas seorang remaja perempuan di dalam kawasan kebun kelapa sawit dekat Lempor, Manong pada pukul 9.30 malam pada 5 Ogos 2014.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Sepanjang perbicaraan, pihak mahkamah mendapati sebahagian kes hanya bergantung kepada keterangan mangsa.
Keterangan yang diberikan juga tidak konsisten, tiada kredibiliti dan wujud percanggahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazratul Natrah Mohd Yusuf manakala Mohammad Shariff diwakili peguam, Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid.
Topic Berkaitan
#Kanun Keseksaan
#Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan