awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga maut gagal elak kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
02/12/2022
05:10 MYT
Peniaga maut gagal elak kereta
Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggangnya gagal mengelak sebuah kereta yang sedang membelok masuk ke Kampus Kesihatan HUSM Kubang Kerian di Kota Bharu pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggangnya gagal mengelak sebuah kereta yang sedang membelok masuk ke Kampus Kesihatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada Khamis.
Dalam kejadian jam 11.45 malam itu mangsa, Mohd Zamri Salleh, 58, maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah kereta dipandu seorang pelajar perubatan HUSM berusia 21 tahun bersama tiga lagi rakan sekuliahnya dari persimpangan Tok Kenali dan menghala pulang ke kampusnya melalui Jalan Raja Perempuan Zainab II.
"Setiba di hadapan simpang Pintu A HUSM, pemandu kereta itu telah membelok ke kanan untuk masuk ke arah kampus kesihatan.
"Kemudian, sebuah motosikal ditunggang mangsa datang dari arah bertentangan dan menghampiri kereta terbabit yang sedang melintasi laluan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Menurut beliau, warga emas berkenaan telah cuba mengelak, namun disebabkan permukaan jalan licin menyebabkan motosikal mangsa tergelincir.
Berikutan itu katanya, kepala mangsa telah terhentak pada bahagian kereta terbabit.
Mohd Rosdi berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi.
"Pemandu kereta dan tiga lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih lagi dalam siasatan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#Kampus Kesihatan HUSM
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan