MALAYSIA
Peniaga maut motosikal terbabas

Keadaan kemalangan di Jalan Kampung Gong Datok, Kuala Nerus, yang melibatkan seorang peniaga yang menunggang motosikal maut, 3 Jun 2025. - Foto Sinar Harian
KUALA NERUS: Seorang peniaga maut selepas motosikal ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Kampung Gong Datok, di sini, semalam.
Dalam nahas kira-kira jam 2.28 petang itu, mangsa, Mohd Firdaus Mohd Amin, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda WW150 dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Gong Badak di sini menghala ke Padang Nenas.
"Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di tengah jalan."Akibat insiden itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini pada Selasa.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (HoSZA) untuk tindakan lanjut," ujarnya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami