awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga maut terkena tujuh das tembakan

Bernama
Bernama
02/04/2013
12:23 MYT
Peniaga maut terkena tujuh das tembakan
Seorang peniaga maut selepas terkena tujuh das tembakan yang dilepas lelaki tidak dikenali di Lingkaran Pantai Jerjak pada 4.40 petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata ketika kejadian, mangsa, S.Arumugam, 48, dari Changkat Minden, Sungai Gelugor sedang memandu kereta jenis Hyundai Matrix dengan ditemani seorang rakan.
"Ketika sampai di persimpangan jalan, datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang memakai topi keledar penuh dan seorang daripada mereka telah melepaskan tempakan dan terkena bahagian badan serta kepala mangsa.
"Rakan mangsa yang turut berada dalam kereta ketika tembakan dilepaskan berjaya melarikan diri, dan sepasukan anggota polis telah diarah untuk mengesan suspek dan rakan mangsa," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Mazlan berkata mangsa, yang memiliki rekod jenayah lampau, mati di tempat kejadian dan motif masih disiasat.
"Berdasarkan maklumat daripada pasport mangsa yang ditemui, didapati mangsa baru balik dari sempadan di utara," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Lingkaran Tengah
#pulau pinang
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan