KUALA LUMPUR:Para peniaga dan penjaja yang merebut peluang menjana pendapatan menerusi inisiatif Wilayah Bebas Berniaga dinasihatkan supaya patuh peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata nasihat yang sama diberikan kepada peniaga-peniaga muda di bawah Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota.
BACA: Kuala Lumpur 'wilayah bebas berniaga' mulai 15 November - Annuar Musa
Katanya, mereka juga perlu memberi kerjasama kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) kerana pertubuhan tersebut turut memiliki kuasa memantau keadaan para peniaga.
"Mohon semua peniaga beri kerjasama kepada Majlis Perwakilan Penduduk sebab saya dah beri kuasa kepada mereka untuk menyelaras dan bantu PBT.
"Walaupun kita memberi peluang kepada para penjaja dan peniaga menjalankan perniagaan tapi saya nak mereka susun secara teratur dan patuh peraturan PBT," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Pemberian Lesen Penjaja di Desa Pandan pada Ahad dan menyampaikan lesen penjaja kepada 50 peniaga.
Program tersebut turut dimuat naik menerusi akaun Facebook, Kementerian Wilayah Persekutuan.
Jelas Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, para peniaga dan penjaja boleh merujuk garis panduan dan peraturan berniaga di laman web Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Kena ingat bukan semua tempat boleh pacak gerai, kena membuat rundingan dengan MPP dan bekerjasama dengan bandar raya.
"Bagaimanapun, saya gembira sebab sambutan menggalakkan malah dimaklumkan ada beberapa peniaga di luar Wilayah mulai datang ke sini untuk berniaga," katanya.
Dalam pada itu, Annuar turut mengingatkan para peniaga supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan peningkatan kes jangkitan di Lembah Klang termasuk Wilayah Persekutuan.
"Kalau semua beri kerjasama, sambil-sambil kita kawal keadaan menerusi PKPb semua orang boleh cari makan," katanya.
Farhana Joni
Sun Nov 15 2020

Annuar Musa menasihatkan peniaga dan penjaja beri kerjasama kepada MPP dan PBT. -Gambar Bernama

Ahli Parlimen pembangkang cadang kerajaan laksana semula enam bulan moratorium
Inisiatif enam bulan moratorium pinjaman secara automatik akan meningkatkan aliran tunai kepada sektor ekonomi.

Banjir Sabah: Hanya dua PPS di Kota Belud dan Beaufort masih dibuka
Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka membabitkan daerah Kota Belud dan Beaufort, hari ini.

PdPR: Saya cuba adaptasi walaupun mulanya rasa janggal dan kelakar - Sir Uzairi
Sir Uzairi mengatasi cabaran PdPR dengan mengadaptasi norma baharu dan membuang rasa takut untuk mencuba sesuatu yang berbeza.

Tular | Pengurus Caltex Bachang bantu lelaki tidur stesen bas
Ketika ramai yang kehilangan pekerjaan dan bergelut memenuhi keperluan harian - mungkin untuk menghidang sepinggan nasi, kisah ini boleh dijadikan inspirasi untuk kita semua.

PKP 2.0 | Bekalan darah negara berkurangan
Secara purata pusat darah negara dan tabung-tabung darah di seluruh negara memerlukan sekitar 2000 beg darah sehari. Namun sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, berlaku kesukaran untuk aktiviti kutipan darah. Untuk perincian lanjut, kita bersamarakan setugas, Hasimi Muhamad.

Masalah LRA | Masalah bekalan air bersih di Sabah
Kita bersama Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly, Pakar Kejuruteraan Kimia dan Kelestarian, UMS.

PdPR | Guna Youtube, tingkat minat pelajar belajar Bahasa Inggeris
Guru bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus, Emily Syafirah Zamrod mengambil pendekatan berbeza mengadakan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) dengan mewujudkan saluran Youtube. Ia bagi memastikan keseluruhan pelajarnya kekal di hadapan komputer atau gajet masing-masing sehingga tamat sesi pengajaran yang dilaksanakan beliau.

Masalah Air Sabah | Tinjauan di Loji Penapis Air Cinta Mata Tawau
Susulan pendedahan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin yang menyatakan 22 daripada 84 loji penapis air di negeri Sabah bermasalah. Kami menghantar wartawan ke salah satu lokasi di Tawau untuk meninjau keadaan di Loji Cnta Mata yang dikatakan bermasalah. Untuk butiran lanjut kita bersama wakil Astro AWANI Sabah, Petrus Bernard.

Tidur di stesen bas berbekal RM1, pemuda ini akhirnya diselamatkan pengurus stesen minyak
Ketulusan hati dan sifat kemanusiaan yang ditunjukkan oleh Lee atau lebih dikenali sebagai Les, nyata menyentuh hati ramai warganet.

Elakkan marah dengan emosi, dalam keadaan tidak tenteram jauhkan diri daripada anak
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.

Jangan ada yang cuba minta Ahmad Zahid berundur - Ahmad Jazlan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu meminta pihak tertentu supaya bersabar dan menghormati amalan demokrasi yang diamalkan dalam parti.

PKP 2.0: Taman awam di Wilayah Persekutuan dibenar beroperasi - Annuar Musa
Annuar berkata, bagaimanapun aktiviti riadah secara bersendirian sahaja dibenarkan dan tidak melibatkan aktiviti secara berkumpulan.

UMNO lemas di kolam cetek kerana hilang upaya, bukan tidak pandai berenang- Annuar
Annuar Musa senada dengan Pengerusi MPN, Profesor Ulung Shamsul Amri Baharuddin yang menyifatkan UMNO sebagai sebuah sebuah parti yang lemas di kolam yang cetek.

Proklamasi Darurat: Penjaja, peniaga kecil dibenarkan beroperasi - Annuar
Annuar berkata, permohonan lesen untuk aktiviti itu juga akan diberi secara percuma.

Bukan persoal keputusan MKT, tetapi pertahan keputusan dasar parti - Tun Faisal
Tun Faisal Ismail berkata, perjuangan Annuar juga adalah untuk memperkukuhkan MN selain menyokong PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PRU15 bukan kehendak akar umbi - Annuar Musa
Ahli Parlimen Ketereh berkata, desakan itu jelas mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab, memperagakan kemaruk kuasa dan tidak sensitif tentang derita rakyat ketika ini.

Zahid perlu jelaskan kepada akar umbi keputusan 'pecat' Annuar - Exco Pemuda UMNO
Perbezaan pandangan walaupun dalam parti yang sama perlu diraikan dan keputusan menukar Annuar harus dijelaskan secepat mungkin kepada akar umbi.

Konflik UMNO kerana dendam tidak dapat jawatan - Penganalisis
Jelas beberapa penganalisis politik, konflik dalaman UMNO berpunca daripada isu pengagihan jawatan.

Annuar Musa dedah surat sokongan pemimpin UMNO kepada Anwar Ibrahim
Antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Janganlah buat sidang media khusus untuk tuduh macam-macam - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak membidas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa kerana menggunakan sidang media untuk membuat pelbagai tuduhan.