awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Bekas PTD tiba di mahkamah, berdepan dua pertuduhan AMLATFPUAA
New Zealand teruskan pencarian mangsa selepas tanah runtuh melanda tapak perkhemahan
EU akan melabur di Greenland, bangunkan peralatan pertahanan sedia Artik - von der Leyen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga perlu jujur tunai janji turun harga barang - Persatuan Pengguna

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
01/03/2015
08:25 MYT
Peniaga perlu jujur tunai janji turun harga barang - Persatuan Pengguna
MAAMOR: peniaga yang telah menurunkan harga barang, wajar diberi sokongan - Foto Blogspot
Perlu ada kejujuran di kalangan peniaga, pembekal dan pengilang yang telah berjanji untuk menurunkan harga barang walaupun harga petrol telah naik.
Demikian gesa Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman dalam memberi reaksi ke atas kebimbangan orang ramai bahawa harga barang tidak akan turun kerana kenaikan harga petrol.
“Kita sedar bahawa penurunan harga barang akan mengambil masa. Itu helah kebanyakan peniaga, pembekal dan pengilang. Namun kita tak mahu helah yang sama digunakan hari ini untuk tidak menurunkan harga barang susulan kenaikan harga petrol mulai semalam.
“Oleh itu saya menggesa para peniaga untuk membuktikan kejujuran mereka dalam mengotakan janji untuk menurunkan harga barang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Dr Maamor turut menasihati pengguna agar mengambil langkah sendiri dengan menilai dahulu harga barangan sebelum berbelanja.
“Perkara begini (harga barang naik) sememangnya menjadikan pengguna tiada pilihan lain selain merayu atau mungkin mendesak peniaga untuk menurunkan harga barangan.
Namun nasihat saya, ambil langkah sendiri, buatlah penilaian dahulu sebelum membeli iaitu perbandingan harga barangan. Manakala peniaga yang telah menurunkan harga barang, wajar diberi sokongan,” katanya.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek menegaskan kempen Penurunan Harga 2015 peringkat Kebangsaan yang bermula pada Ahad, tetap dilaksanakan meskipun berlaku kenaikan harga petrol dan diesel
Hasan berkata demikian dalam satu sidang media selepas melancarkan kempen itu di pasar raya 'The Store' di pusat membeli-belah Kuantan Parade di Kuantan Pahang, pada Ahad.
Beliau berkata harga petrol bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan naik atau turun harga sesuatu barang kerana ia turut dipengaruhi faktor lain seperti ketidaktentuan cuaca, bencana alam, peningkatan kos sewa beli dan persekitaran ekonomi.
Topic Berkaitan
#diesel
#Dr Maamor Osman
#harga barang
#minyak
#PPIM
#Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan