awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga rugi hampir setengah juta terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
18/12/2024
12:45 MYT
Peniaga rugi hampir setengah juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang peniaga mengalami kerugian hampir setengah juta selepas terperdaya dengan pelaburan tidak wujud.
JOHOR BAHRU: Seorang peniaga mengalami kerugian hampir setengah juta selepas terperdaya dengan pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata lelaki tempatan berusia 45 tahun itu membuat laporan polis semalam.
Beliau berkata mangsa mendakwa tawaran pelaburan itu diiklankan di Facebook dan menjanjikan keuntungan sebanyak tiga hingga 120 peratus dalam tempoh tiga hari dan keuntungan boleh disemak menerusi aplikasi dikenali sebagai 'Cap Max'.
"Mangsa yang berminat dengan tawaran itu telah membuat tujuh transaksi pembayaran berjumlah RM544,200 ke empat akaun bank tempatan dari 25 Nov sehingga 12 Dis lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungannya yang didakwa berjumlah RM9.4 juta seperti yang dipaparkan menerusi aplikasi tersebut, selain akaun turut disekat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga
#kerugian
#pelaburan tidak wujud
#Polis Daerah Kulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan