IPOH: Seorang ahli perniagaan wanita diperdaya sindiket pemberi pinjam wang yang tidak wujud sehingga kerugian sebanyak RM213,700.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata hasil siasatan awal pihak polis mendapati mangsa yang berusia 51 tahun itu telah melihat satu iklan pinjaman wang di Instagram atas satu penama.
"Mangsa berhasrat membuat pinjaman sebanyak RM70,000 dan telah menghubungi nombor talian diiklankan.
"Dia berurusan dengan seorang lelaki yang kemudian meminta mangsa membuat beberapa transaksi pembayaran sebagai wang proses bagi mendapatkan pinjaman itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Yusri berkata sejak 11 hingga 16 September lepas, mangsa telah melakukan sebanyak 25 transaksi pembayaran kepada 16 akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM100,020 sepertimana yang telah diarahkan oleh suspek.
Selain itu juga, mangsa turut melihat iklan pinjaman yang kedua di Instagram daripada syarikat lain dan ingin buat pinjaman sebanyak RM60,000.
"Dia telah membuat urusan dengan suspek kedua yang turut meminta wang proses serta bayaran perkhidmatan dan telah melakukan transaksi sebanyak 24 kali ke 14 akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan RM113,680," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun setelah 49 kali transaksi dibuat bagi kedua-dua pinjaman berkenaan, mangsa masih gagal mendapatkan keseluruhan amaun sepertimana dijanjikan kedua-dua suspek.
"Apabila mangsa cuba bertanyakan kepada kedua-dua suspek berkaitan pinjaman yang diminta melalui panggilan telefon serta mesej, ia tidak dilayan bahkan nombor mangsa telah disekat.
"Mangsa mula menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan masih dijalankan," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Seorang ahli perniagaan wanita diperdaya sindiket pemberi pinjam wang yang tidak wujud sehingga kerugian sebanyak RM213,700. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Mei 2024
Jumlah dagangan melonjak kepada 6,332 lot daripada 3,684 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 49,699 kontrak berbanding 47,476 kontrak sebelumnya.
Prestasi ringgit setakat 17 Mei 2024
Indeks Harga Pengguna AS yang diumumkan semalam menunjukkan inflasi negara itu mereda kepada 3.4 peratus pada April daripada 3.5 peratus pada Mac.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Inflasi 2023 meningkat 2.5%, restoran, hotel penyumbang utama
Ketua Perangkawan Malaysia berkata, peningkatan perlahan inflasi pada tahun 2023 ini adalah selari dengan penyusutan kebanyakan harga komoditi global, gangguan bekalan yang mereda, kawalan harga dan pemberian subsidi untuk barangan terpilih.
Ekonomi suku pertama 2024, atas atau bawah 4 peratus?
KDNK suku pertama dijangka 4.0 hingga 4.2 peratus, adakah ia mampu dicapai dan apakah faktor yang menjadi penyumbang utama suku tersebut. Kupasan lanjut bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli.
Berita mahkamah perlu tepat, tidak tokok tambah - Peguam, wartawan
Wartawan perlu melaporkan berita yang tepat, tidak membuat tajuk sensasi dan mengelirukan, hanya untuk mendapat sambutan daripada pembaca.
Peniaga rugi RM213,700 terpedaya iklan pinjaman wang di Instagram
Seorang ahli perniagaan wanita diperdaya sindiket pemberi pinjam wang yang tidak wujud sehingga kerugian sebanyak RM213,700.
Pinjaman RM2.5 juta tak dapat, pesara guru rugi RM472,941
Tujuan wanita itu buat pinjaman RM2.5 juta ialah untuk bantu rakan warga Amerika Syarikat yang mengalami kerugian dalam perniagaan.