awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga rugi RM800,000 ditipu pelaburan tender bekal makanan sekolah

Bernama
Bernama
30/10/2024
06:30 MYT
Peniaga rugi RM800,000 ditipu pelaburan tender bekal makanan sekolah
Polis menyiasat kes penipuan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
BATU PAHAT: Seorang peniaga kerugian RM800,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tender membekalkan makanan kepada sekolah yang tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata lelaki berusia 48 tahun itu pada mulanya bertemu dengan seorang individu pada awal 2023 bagi perbincangan berkaitan perniagaan.
Beliau berkata melalui pertemuan kira-kira pukul 7.30 malam itu, suspek menawarkan mangsa pelaburan tender berkenaan bagi tempoh bermula 1 Jun 2023 hingga 31 Okt 2025 dengan kadar keuntungan 17 peratus.
"Mangsa yang bersetuju menyertai pelaburan itu telah menyerahkan cek secara berperingkat melalui serahan tangan dan mesin deposit cek bermula 10 Feb 2023 hingga 4 Okt 2023.
"Setelah menyertai pelaburan, lelaki itu dijanjikan mendapat pulangan keuntungan dalam masa terdekat, bagaimanapun sehingga laporan dibuat semalam di Balai Polis Batu Pahat, mangsa tidak menerima sebarang pulangan keuntungan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrulanuar berkata mangsa juga cuba menghubungi suspek namun gagal dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tender palsu
#penipuan tender
#polis
#kes penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan