awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKR Kelantan kesan tiga projek sakit
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga sayur maut ditembak di Selayang

Bernama
Bernama
25/07/2015
08:35 MYT
Peniaga sayur maut ditembak di Selayang
Seorang peniaga sayur maut ditembak di hadapan sebuah restoran di Selayang di sini Jumaat malam. - Foto Fail
Seorang peniaga sayur maut ditembak di hadapan sebuah restoran di Selayang di sini Jumaat malam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata dalam kejadian kira-kira 11.40 malam itu, lelaki berumur 57 tahun itu yang berniaga di Pasar Borong Pusat Bandar Utara, Selayang, dilaporkan baru sahaja selesai memunggah barang dari lori.
"Menurut saksi kejadian, mangsa didatangi sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua individu lelaki tidak dikenali sebelum suspek melepaskan dua das tembakan ke arah dada mangsa dan terus melarikan diri," katanya ketika dihubungi Bernama Sabtu.
Munusamy berkata polis menemukan dua butir kelongsong peluru yang digunakan untuk menembak mangsa di tempat kejadian.
Katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Selayang oleh isterinya sejurus selepas kejadian berlaku.
"Doktor mengesahkan mangsa menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan kira-kira 12.10 tengah malam tadi," katanya.
Menurut Munusamy, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.
"Polis sedang mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Topic Berkaitan
#maut
#peniagar sayur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan