awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga Uptown rayu percepat kelulusan berniaga di tapak sementara

Bernama
Bernama
17/10/2014
15:27 MYT
Peniaga Uptown rayu percepat kelulusan berniaga di tapak sementara
Sebahagian gerai peniaga di Uptown Shah Alam musnah dalam kebakaran Rabu lepas.
Kira-kira 400 peniaga di Uptown Shah Alam di Seksyen 24 di sini yang sebahagian gerai di dalamnya musnah dalam kebakaran Rabu lepas, merayu supaya kerajaan negeri Selangor mempercepat kelulusan bagi membolehkan mereka berniaga semula di tapak sementara yang dijanjikan sebelum ini.
Setiausaha Persatuan Peniaga-Peniaga Uptown Shah Alam, Amran Johari berkata sehingga hari ini kerja memasang khemah sementara dan menurap di kawasan berkenaan masih belum dilakukan.
"Saya difahamkan perlu mendapat kebenaran daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk pembukaan tapak perniagaan sementara dan kerajaan negeri juga sedang bermesyuarat untuk melancarkan urusan itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan bancian semula peniaga kawasan itu yang terlibat dalam kebakaran di perkarangan Uptown Shah Alam di sini pada Jumaat.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali ketika melawat kawasan itu pada hari kejadian dilaporkan berkata beliau telah mengarahkan MBSA untuk menurap kawasan lapang yang digunakan sebagai tempat letak kereta di sebelah bazar berkenaan untuk digunakan sebagai tempat berniaga sementara.
Amran berkata sebahagian besar pihak peniaga terlibat bimbang dengan karenah birokrasi itu berikutan berniaga di Uptown Shah Alam merupakan satu-satunya sumber rezeki mereka.
Amran turut berkata peniaga terbabit juga tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan Uptown Shah Alam yang didakwa gagal menjaga kebajikan mereka sejak berlakunya kebakaran yang memusnahkan 187 lot kedai itu.
Selain itu, beliau mendakwa penambahan sekurang-kurangnya 20 lot kedai tanpa mengikut spesifikasi pelan asal menyebabkan berlaku kekeliruan bilangan sebenar peniaga terlibat dalam kebakaran itu.
Akhbar sebelum ini melaporkan kejadian pada pukul 3 pagi yang menyebabkan kerugian dianggarkan mencecah RM19 juta itu disebabkan litar pintas daripada sebuah kedai dalam bazar berkenaan.
Topic Berkaitan
#Azmin
#berniaga
#kebakaran
#shah alam
#tapak
#TNB
#uptown
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan