NATIONAL
Peniaga wanita cedera disimbah asid di Bachok

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang membuka pintu premis miliknya untuk memberikan perkhidmatan urutan mengikut satu temu janji. -Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang peniaga wanita berusia 27 tahun cedera selepas disimbah cecair dipercayai asid oleh seorang individu tidak dikenali dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Tawang dekat Bachok semalam.
Ringkasan AI
- Seorang peniaga wanita berusia 27 tahun cedera selepas disimbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali ketika membuka premis perniagaannya di Beris Kubur Besar, Bachok.
- Suspek melarikan diri selepas kejadian, dan siasatan forensik menemui empat kesan cap jari serta bekas dipercayai digunakan untuk menyimbah cecair tersebut.
- Mangsa kini menerima rawatan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan; polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat.
"Pemeriksaan forensik di lokasi kejadian menemui empat kesan cap jari serta bekas yang dipercayai digunakan oleh suspek.
"Mangsa kini menerima rawatan susulan kecederaan yang dialami dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Ismail berkata siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Balai Polis Tawang atau Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami