awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga wanita mengaku tidak bersalah bunuh rakan kongsi perniagaan

Bernama
Bernama
21/10/2024
06:28 MYT
Peniaga wanita mengaku tidak bersalah bunuh rakan kongsi perniagaan
Nooraini Remali (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh rakan kongsi perniagaannya, Noorzihan Abd Karim, pada November tahun lepas. -Bernama
KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan kongsi perniagaannya pada November tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Peniaga wanita Nooraini Remali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh rakan kongsi perniagaannya, Noorzihan Abd Karim, pada November tahun lepas.
  • Nooraini didakwa menyebabkan kematian Noorzihan di hadapan Pos Pengawal Telekom Malaysia, Batu 23, Kuala Berang, di antara 3.20 pagi hingga 4 pagi pada 1 November 2023.
  • Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun, serta hukuman sebat jika tidak dihukum mati.
  • Hakim menetapkan sebutan semula kes pada 17 November ini.

Nooraini Remali, 36, didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Noorzihan Abd Karim yang ketika itu berusia 65 tahun di hadapan Pos Pengawal Telekom Malaysia, Batu 23, Kuala Berang antara 3.20 pagi hingga 4 pagi, 1 Nov 2023.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 17 Nov ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam Che Mohd Azmi Che Hamat.
Pada 15 Nov 2023, Nooraini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang atas pertuduhan berkenaan dan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga emas ditemukan maut di dalam longkang dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga wanita
#bunuh rakan kongsi perniagaan
#Nooraini Remali
#Noorzihan Abd Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan