KUCHING: Rancangan Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan jangka masa panjang, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata langkah menaikkan kadar sewa itu tidak seharusnya dipertimbangkan sebagai jalan penyelesaian dalam menghadapi isu peningkatan kos operasi atau ancaman kepada industri, sebagaimana yang didakwa persatuan.
"Ia tidak akan membantu industri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian Trofi Premier Sarawak bagi Kejohanan Tenis Remaja di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan presiden MyBHA Sri Ganesh Michiel pada hari Sabtu lepas, bahawa hotel bajet Sarawak akan menaikkan kadar sewa bilik mereka sekiranya tiada sebarang langkah diambil terhadap pelbagai aktiviti yang mengancam perniagaan mereka.
Antara ancaman yang disentuh Sri Ganesh adalah berkaitan operator hotel tidak berlesan yang menawarkan sewa bilik jangka pendek, aktiviti agensi pelancongan tanpa penyeliaan, di samping kos operasi yang melonjak.
Abdul Karim berkata kementeriannya serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah bekerja keras untuk menganjurkan lebih 200 acara setiap tahun bagi menarik pelancong datang ke Malaysia, yang seterusnya memberi manfaat kepada industri perhotelan.
Beliau berkata bagi Sarawak, acara-acara berkenaan itu telah menarik kehadiran ramai pelancong, yang pastinya perlu tinggal di hotel, dan ini membuatkan kadar sewa bilik hotel terus meningkat.
"Mereka perlu tinggal di suatu tempat walaupun tanpa anda (hotel) melakukan pemasaran (promosi). Industri ini berkembang maju. Bersyukurlah," katanya.
Merujuk kepada isu pengusaha tidak berlesen yang menjejaskan perniagaan hotel bajet, beliau berkata walaupun proses pelesenan hotel terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan, kementeriannya sedia bekerjasama bagi memastikan semua pengusaha di negeri ini dikawal selia.
"Kita akan meneliti perkara ini dan membincangkannya dengan kerajaan tempatan, mengenai cara untuk menanganinya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Abdul Karim berkata langkah menaikkan kadar sewa itu tidak seharusnya dipertimbangkan sebagai jalan penyelesaian dalam menghadapi isu peningkatan kos operasi atau ancaman kepada industri. - Foto Bernama
Melaka jadi tuan rumah Malaysia Bike Week Jun depan
Program selama tiga hari bermula 14 Jun sempena Bulan Permotoran Malaysia itu dijangka mempamerkan pelbagai aset terpilih.
Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di Kuala Kubu Baharu
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi tadi.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Juruteknik maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44 Jalan Alor Setar-Butterworth di pada Sabtu.
Johor sedia RM10 juta naik taraf enam taman negara
Kerja naik taraf itu membabitkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi pelancongan berkenaan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.
Indonesia kecam serangan bakar jahat ke atas ibu pejabat UNRWA
Insiden itu tidak dapat diterima kerana ia menjejaskan ibu pejabat sebuah agensi PBB yang beroperasi dalam sektor kemanusiaan.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Patuhi adab, etika semasa ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Rancangan MyBHA untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
Kerajaan digesa beri kelonggaran kepada industri perhotelan guna pekerja asing
Beliau memohon kepada semua pelanggan untuk memahami keadaan semasa akibat kekurangan pekerja dan lambakan tempahan bilik secara mendadak.