Tindakan seorang penjaga pintu masuk Pasar Awam Lunas yang menggunakan air paip sebagai pengganti cecair pembasmi kuman menerima padah apabila dikompaun RM1,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Lelaki berusia 38 tahun itu dikenakan tindakan di bawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim Supt Azhar Hashim, peningkatan jumlah jangkitan COVID-19 di Kedah ketika ini amat membimbangkan.
Justeru, beliau berharap semua pihak mematuhi SOP ditetapkan bagi mengekang penularan wabak ini.
Katanya, pemantauannya di beberapa pasar dan premis mendapati tahap kesedaran orang awam amat tinggi kerana menyedari cara jangkitan COVID-19 yang begitu pantas selain memberi tumpuan kepada kawasan jangkitan dilaporkan berlaku.
"Kita kesan ada peniaga yang tidak menyediakan cecair pembasmi kuman dengan sebaiknya, jadi langkah- langkah ini perlu dilakukan seperti saranan kerajaan.
"Saya juga berharap pelanggan mematuhi semua SOP yang ditetapkan seperti penggunaan pelitup muka dan diharap ia akan dipatuhi sepenuhnya. Kami dan agensi berkenaan akan sentiasa memastikan semua SOP ini diikuti," katanya
Beliau berkata demikian selepas mengadakan operasi pemantauan bersama beberapa agensi antaranya Pejabat Kesihatan Daerah Kulim, Angkatan Pertahanan Awam dan Majlis Daerah Kulim.
Menurutnya, 65 kompaun dikeluarkan bermula 10 Jun lepas sehingga kini atas pelbagai kesalahan seperti tidak menyediakan cecair pembasmi kuman dan buku catatan di premis, serta tidak memakai pelitup muka dan penjarakan sosial.
Sehingga Isnin, sebanyak 21 kes COVID-19 dicatatkan di daerah itu.
Sebanyak tiga pasukan pemantau telah dikerahkan sepanjang 24 jam bagi memastikan masyarakat mematuhi SOP dan menjaga diri sendiri sepanjang berada di tempat awam.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Aug 18 2020
Supt Azhar (kiri) menyertai operasi pemantauan pematuhan SOP yang dijalankan pihak polis bersama beberapa agensi termasuk Pejabat Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam serta Majlis Daerah Kulim. - Foto Astro AWANI
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Bomba jalan kaki 1km padam kebakaran di Menggatal
Pasukan bomba daripada BBP Kota Kinabalu serta BBP Lintas terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer sebelum dapat memulakan operasi memadam kebakaran di Kampung Saga, Menggatal, di sini hari ini.
Kit ujian COVID-19 guna air paip boleh positif? Ini jawapan doktor
Biar Betul, Kit Ujian Covid-19 Guna Air Paip Boleh Positif? Ni Jawapan Dr. Sila Take Note!
Pemilik syarikat air didenda kerana jual air paip diambil dari tandas
SFA menegaskan, pembotolan air secara haram di kemudahan tidak berlesen menimbulkan risiko keselamatan makanan.
Penjaga pintu masuk dikompaun guna air paip ganti cecair pembasmi kuman
Lelaki berusia 38 tahun itu dikenakan tindakan di bawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Air paip perlu dimasak sebelum diminum - Dr Lee
Air paip perlu dimasak terlebih dahulu sebelum ia boleh diminum, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.