awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaga rumah amal GISB dituduh esok

Bernama
Bernama
03/10/2024
13:49 MYT
Penjaga rumah amal GISB dituduh esok
Tan Sri Razarudin Husain berkata lelaki berusia 35 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 8.45 pagi. - Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang penjaga rumah amal yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd akan didakwa esok atas tuduhan mendera kanak-kanak yang berada di bawah jagaan satu daripada rumah berkenaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata lelaki berusia 35 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 8.45 pagi.
"Kertas siasatan ke atas penjaga rumah amal itu dihantar ke pejabat Peguam Negara hari ini dan menerima arahan untuk pertuduhan," katanya ketika dihubungi.
Polis melancarkan Op Global awal bulan lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
Hasil serbuan, seramai 572 mangsa berjaya diselamatkan selain membawa kepada penahanan 359 pengikut GISBH termasuk pengurusan tertinggi syarikat tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Global
#GISB
#penjaga rumah amal
#pendakwaan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan