awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah rotan kanak kanak

Faida Rahim
Faida Rahim
04/10/2024
02:40 MYT
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah rotan kanak kanak
Mohd Syahid dibawa ke Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini bagi berdepan tuduhan mendera kanak-kanak di salah satu rumah amal yang dikaitkan dengan GISB. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
SELAYANG: Seorang penjaga rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengaku tidak bersalah mendera kanak-kanak di salah satu rumah amal tersebut di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Tertuduh, Mohd Syahid Hanapiah, 35 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun.
Mohd Syahid dituduh atas kesalahan mendera kanak-kanak berusia enam tahun di salah satu rumah amal yang dikaitkan dengan GISB.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Terdahuu, tertuduh tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi dengan memakai baju berwarna biru gelap dan berseluar jeans.
Mohd Syahid didakwa menganiaya seorang kanak-kanak lelaki di rumah amal GISB di Bandar Country Homes, Rawang, antara Februari lalu dan September tahun ini.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah merotan kanak-kanak tersebut yang mungkin akan menyebabkan kecederaan.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kejadian penderaan berlaku semasa di bawah jagaan satu daripada rumah amal GISB.
Polis melancarkan Op Global awal bulan lepas dan menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISB kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
Hasil serbuan, seramai 572 mangsa berjaya diselamatkan selain membawa kepada penahanan 359 pengikut GISB termasuk pengurusan tertinggi syarikat tersebut.
Topic Berkaitan
#rumah amal
#GISB
#penjaga rumah amal mengaku tidak bersalah
#dera kanak-kanak
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan