awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaga tokong ditemui mati

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2015
01:42 MYT
Penjaga tokong ditemui mati
Mangsa yang berusia 77 tahun ditemui orang ramai di dalam kawasan dewan Dudjom New Treasura Buddhist Society sekitar 7.30 malam
Mayat seorang lelaki dipercayai penjaga tokong ditemui di dalam sebuah tokong di kawasan Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Sam Poh Tong malam Khamis.
Mangsa yang berusia 77 tahun ditemui orang ramai di dalam kawasan dewan Dudjom New Treasura Buddhist Society sekitar 7.30 malam, yang kemudiannya menghubungi pihak polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superitendan Anuar Othman berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 8 malam dan bergegas ke tempat kejadian.
Jelasnya, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala.
Hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati mangsa dipercayai dibunuh berdasarkan kesan-kesan kecederaan di bahagian pergelangan tangannya.
"Mangsa adalah lelaki berketurunan Cina yang baru bekerja di sini, sebagai penjaga berumur dalam 77 tahun. Saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut atau saksi kejadian supaya menghubungi pihak polis supaya kita dapat menyelesaikan siasatan ini dengan tertangkapnya suspek," kata Anuar.
Tiada sebarang senjata ditemui berhampiran lokasi kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#bunuh
#polis
#tokong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan