awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjana: RM198.67 juta diluluskan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit - Ronald

Bernama
Bernama
26/06/2021
15:52 MYT
Penjana: RM198.67 juta diluluskan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit - Ronald
Ronald Kiandee berkata 15,612 pengusaha perusahaan kecil sederhana dan pertanian telah menerima pembiayaan daripada keseluruhan RM350 juta yang diperuntuk di bawah skim mikrokredit itu. - Astro AWANI / Shahir Omar
BELURAN: Sebanyak RM198.67 juta pembiayaan telah diluluskan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank melalui peruntukan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) sehingga 16 Jun lepas bagi membantu pengusaha pertanian yang terkesan akibat penularan COVID-19.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata 15,612 pengusaha perusahaan kecil sederhana dan pertanian telah menerima pembiayaan daripada keseluruhan RM350 juta yang diperuntuk di bawah skim mikrokredit itu.
"Kerajaan sentiasa memberi penekanan khusus terhadap sekuriti makanan bagi memastikan jaminan dan kelangsungan bekalan makanan negara.
"Kerajaan berada di landasan yang betul untuk beralih keluar dari kemelut pandemik COVID-19 kepada norma kehidupan seharian sepertimana yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara namun kejayaan pelan ini memerlukan kerjasama dan sokongan rakyat secara keseluruhannya," katanya.
Ahli Parlimen Beluran itu berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan bakul makanan untuk 200 Ketua Isi Rumah di Kampung Maidan, Sugut dekat sini hari ini.
Beliau berkata sumbangan itu adalah sebahagian daripada 16,000 bakul makanan yang diagihkan oleh Pejabat Parlimen Beluran di kawasan terbabit sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ronald Kiandee
#skim pembiayaan
#PENJANA
#ekonomi
#COVID-19
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan