NATIONAL
Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM

Penjawat awam di Perlis yang direman berhubung tuntutan palsu RM132,000 telah dilepaskan dengan jaminan SPRM. -Gambar hiasan
KANGAR: Seorang penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan negeri Perlis yang direman bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM132,000 telah dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ringkasan AI
- Penjawat awam di Perlis yang direman berhubung tuntutan palsu RM132,000 telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.
- Lelaki tersebut dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada 49 saudara baharu dari 2022 hingga 2024.
- SPRM Perlis masih meneruskan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Pada Selasa lepas, media melaporkan lelaki tersebut berperanan mengumpulkan dokumen saudara baharu dan dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan yang melibatkan 49 saudara baharu dari tahun 2022 hingga 2024.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan bahawa lelaki itu telah dilepaskan dengan jaminan SPRM dan memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami