awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KPM akan bentang pindaan akta wajibkan pendidikan menengah bulan depan
MALAYSIA
KPT pantau pelajar Malaysia di Iran
MALAYSIA
Kementerian Pertahanan sedia bantu bawa pulang rakyat Malaysia dari Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Penjawat awam didakwa dapatkan wang berkaitan permohonan permit

Bernama
Bernama
10/01/2017
08:39 MYT
Penjawat awam didakwa dapatkan wang berkaitan permohonan permit
Seorang penolong pegawai tanah di Pejabat Tanah Daerah tidak mengaku bersalah atas pertuduhan mendapatkan sejumlah wang berkaitan permit. - Gambar hiasan
Seorang penolong pegawai tanah di Pejabat Tanah Daerah di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mendapatkan sejumlah wang berkaitan permohonan permit pemindahan bahan batuan.
Ahmad Ehwan Ahmad, 56, dituduh mendapatkan barang berharga iaitu wang bernilai RM150,000 yang dimasukkan ke dalam akaun miliknya di Affin Bank dengan tiada balasan daripada Toh Ang Poo, yang tertuduh tahu, ada kena-mengena dengan urusannya sebagai penjawat awam, dalam beberapa permohonan permit pemindahan batuan.
Tertuduh didapati melakukan kesalahan tersebut di Affin Bank, No 24-7-25, Jalan Kebun Teh 1 pada 5 Sept 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Amir Nasruddin menawarkan ikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin serta dokumen perjalanannya ditahan mahkamah.
Bagaimanapun, peguam Azrul Stork yang mewakili tertuduh memohon mahkamah meringankan ikat jamin kepada RM25,000 kerana anak guamnya tidak menerima gaji selepas digantung kerja sejak November manakala isterinya tidak bekerja dan mempunyai lima orang anak di bawah tanggungannya.
Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Feb.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AFFIN BANK
#Ahmad Ehwan Ahmad
#Mahkamah Sesyen
#Pejabat Tanah Daerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami