JOHOR BAHRU: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 21 pertuduhan membuat tuntutan palsu kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berjumlah RM16,800 antara 2015 dan 2016.
Norazah Abdul Aziz, 49, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Abdul Kamal Arifin Ismail.
Tertuduh yang ketika itu merupakan Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi, di Pejabat Kadi Daerah Kluang, didakwa memperdayakan JAINJ dengan mengemukakan dokumen iaitu borang tuntutan saguhati mengajar di bawah rancangan kelas takmir masjid dan surau bernilai RM800 setiap bulan yang mana tidak dijalankan pada tarikh sebagaimana dalam sebutan.
Kesemua kesalahan itu yang dilakukan di Pejabat Kadi Daerah Kluang, dekat Kluang, antara Januari 2015 dan September 2016, dikemukakan menurut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Nur Mahirah Mohd Pauzi menawarkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh diminta melapor diri di Pejabat SPRM setiap bulan.
Bagaimanapun, peguam Siti Nur Baya Aman yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan jaminan rendah dengan alasan anak guamnya mengalami masalah kewangan yang teruk, mempunyai tanggungan anak yang masih belajar di kolej, menyara ibu yang uzur, perlu menjalani dialisis setiap minggu yang menelan kos RM600 setiap bulan selain digantung kerja di JAINJ dan dipotong gaji mulai hari ini.
Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat pasportnya diserahkan kepada mahkamah selain melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan dan menetapkan 8 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021

Norazah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas 21 pertuduhan membuat tuntutan palsu kepada JAINJ berjumlah RM16,800 antara 2015 dan 2016. - Astro AWANI

COVID-19: Denmark henti penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca
Pengarah Badan Kesihatan Denmark bagaimanapun tidak menolak untuk kembali menggunakan semula vaksin AstraZeneca di masa depan.

COVID-19: Sistem kesihatan di Chile kini kritikal, petugas kesihatan akui terbeban
Pekerja kesihatan ketika ini sedang berjuang menangani sejumlah besar pesakit di hospital dan 30 peratus kakitangan hospital tidak dapat bertugas kerana masalah kesihatan.

AWANI Ringkas: Pengunjung bazar Ramadan diingat patuh SOP | PAGE desak sistem pendidikan negara dirombak

Skuad Harimau Malaya divaksin bermula Isnin depan
78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, dijangka menerima suntikan dos pertama di Dewan Seri Seroja di Putrajaya.

Kedai perabot di Semanggol musnah terbakar
Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian.

COVID-19: Angka korban global kini lebih 2.96 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 564,000 kes.

115 kuil, tokong di Kuala Lumpur didirikan secara tidak sah
Daripada jumlah itu, sebanyak lapan kes berjaya diselesaikan dengan kuil dan tokong yang terlibat diberikan surat tawaran pendudukan secara sah, manakala selebihnya ada yang ditawarkan tapak ganti.

COVID-19: Kes positif global lebih 137.8 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.4 juta kes.

Bas terbakar dirempuh lori tangki, 20 maut
Bas yang dalam perjalanan dari Kaherah itu dilaporkan terbalik ketika cuba memotong sebuah lori sebelum dilanggar sebuah trak.

Ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan: KKM beri kuasa kepada PBT kompaun kesalahan
Netizen mula berkongsi gambar dan video menunjukkan pengunjung bazar Ramadan bersesak-sesak, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika membeli juadah untuk berbuka di bazar Ramadan.

Penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu kepada JAINJ
Norazah Abdul Aziz, 49, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Abdul Kamal Arifin Ismail.

Pembantu tadbir mengaku tidak bersalah buat tuntutan palsu RM16,800
Tertuduh, Norlizah Mohd Jani, 45, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.