awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam disyaki rogol, samun dua beradik ditahan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/12/2021
09:13 MYT
Penjawat awam disyaki rogol, samun dua beradik ditahan
Suspek lelaki berusia 21 tahun itu ditahan di Ipoh, kira-kira jam 2.20 petang Sabtu. - Gambar hiasan
IPOH: Polis menahan seorang penjawat awam yang disyaki merogol dua beradik di kawasan belukar di tepi jalan Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar, Manjung, dekat sini pada Selasa lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan di Ipoh, kira-kira jam 2.20 petang Sabtu.
Menurutnya, polis turut merampas pakaian dan kenderaan yang digunakan ketika kejadian.
“Pihak polis telah menerima satu laporan berkaitan kes rogol melibatkan dua mangsa berumur 37 dan 20 tahun pada 21 Disember, pukul 2.38 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa melalui lokasi kejadian dengan menaiki sebuah motosikal untuk pulang ke rumah pada 12.05 tengah malam.
Menurutnya, kedua-dua mangsa telah ditahan oleh suspek yang menaiki sebuah motosikal di laluan tersebut.
“Suspek mengugut untuk membunuh mangsa sekiranya tidak mengikut arahannya, sebelum dirogol,” ujarnya.
Mior Faridalathrash berkata, suspek yang mengugut mangsa menggunakan pisau turut dipercayai menyamun dua beradik itu.
Beliau memberitahu, suspek bertugas di Kota Samarahan, Sarawak dan ketika kejadian sedang bercuti di Manjung.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, direman selama seminggu mulai Sabtu untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#rogol dua beradik
#penjawat awam
#samun
#manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan