Dua suspek ditahan berhubung kes rogol seorang wanita Indonesia berusia 30 tahun pada Isnin lepas.
Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata kedua-dua lelaki berusia 31 tahun itu merupakan warga tempatan dan seorang daripada mereka adalah penjawat awam.
"Suspek pertama ditahan pada 7.30 malam semalam di Kawasan Perindustrian Piasau, manakala suspek kedua yang merupakan penjawat awam ditahan pada pukul 12.05 tengah malam tadi di Jalan Raja," katanya di sini hari ini.
Khoo berkata suspek pertama mempunyai rekod jenayah lampau, dan merupakan penganggur dari Kampung Piasau Utara Miri.
"Suspek kedua tidak mempunyai rekod jenayah, dan kami sedang memburu suspek ketiga yang masih bebas," katanya.
Khoo berkata suspek ketiga mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak bekerja.
Mangsa membuat laporan polis pada Isnin lepas setelah dirogol oleh suspek di sebuah rumah di Piasau Utara.
Ketika kejadian suspek mendakwa sebagai pegawai polis ketika mereka menghampiri mangsa di sebuah kuarters pekerja pada 6 pagi Isnin.
Suspek ditinggalkan di tepi jalan di sebuah pusat beli-belah di sini pada pukul 2.30 petang hari sama selepas dia dirogol.
Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Miri dan kemudian membuat laporan polis. -- Bernama
Bernama
Wed Dec 21 2016

Khoo berkata suspek pertama mempunyai rekod jenayah lampau, dan merupakan penganggur dari Kampung Piasau Utara Miri. - Gambar hiasan

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

PM Singapura bentang belanjawan negara, tumpu pertumbuhan fasa seterusnya
Belanjawan itu bertujuan untuk membina momentum bagi fasa pertumbuhan negara yang seterusnya ketika Singapura menyambut kemerdekaan ke-60 tahun ini.
Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois
Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
Senjata api: Undang-undang mencukupi, pertingkat usaha kesan penyeludupan
Kawalan di sempadan perlu dipertingkatkan namun ia memberi cabaran kepada pihak berkuasa khususnya kerana ia memerlukan tenaga sumber manusia yang ramai.
Tahap kesedaran awam tentang kewujudan IPCC masih rendah
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang tidak jelas mengenai IPCC dan cara menyalurkan aduan yang tepat.
Saksi tidak pernah lihat Zayn Rayyan bermain di taman
Saksi yang juga seorang suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui faktor utama mengapa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu tidak pernah bermain di luar rumah.
Hakim tolak permohonan Naimah Khalid
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan isteri bekas menteri kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya ke mahkamah tinggi.
Kes Bunuh Zulfarhan: Peguam Hujah Mahkamah Rayuan Terkhilaf jatuhkan hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan enam tertuduh dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain. Barisan peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan hujahan bahawa hukuman gantung tidak sepatutnya dikenakan terhadap anak guam mereka.
Saksi kongsi detik cemas pesawat terbalik
Pete Carlson, salah seorang penumpang yang terlibat dalam insiden pesawat Delta Air Lines terbalik tampil menceritakan detik cemas ketika insiden itu berlaku di lapangan terbang Toronto. Kata beliau, sukar untuk menyatakan perasan apabila secara tiba-tiba melihat pesawat terbalik sekelip mata.
Delta Airlines siasat insiden pesawat terbalik
Syarikat penerbangan Delta Airlines pada Isnin memaklumkan bahawa mereka masih dalam proses mendapatkan maklumat lanjut susulan insiden melibatkan pesawat milik syarikat itu yang dilaporkan terbalik ketika mendarat di sebuah lapangan antarabangsa di Kanada.

Penjawat awam ditahan berhubung kes rogol wanita Indonesia di Miri
Dua suspek ditahan berhubung kes rogol seorang wanita Indonesia berusia 30 tahun pada Isnin lepas.