SUNGAI PETANI:Seorang penjawat awam hari ini telah ditahan kerana mengintai seorang wanita di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Jalan Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memaklumkan, suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada jam 5.20 petang Khamis ketika hadir ke balai polis untuk membuat laporan penafian berhubung aduan yang dibuat mangsa.
Bagaimanapun katanya, keterangan yang diberikan suspek agak meragukan dan dia ditahan untuk membantu siasatan.
Katanya, hasil soal siasat mendapati, suspek tidak mengaku melakukan perbuatan berkenaan seperti yang didakwa pengadu.
Malah, suspek mendakwa dia masuk ke tandas wanita kerana sakit perut disebabkan kononnya tandas lelaki berkunci, namun perlakuan suspek berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di hadapan tandas.
Siasatan juga mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan ujian saringan awal air kencing terhadapnya mendapati dia bebas dari pengaruh dadah.
Adzli berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam Rabu, mangsa berusia 34 tahun itu mendakwa terlihat tapak tangan dan mata suspek di bawah ruang pintu tandas.
Terkejut dengan kejadian itu, mangsa bergegas keluar dan bertanyakan kepada anaknya yang berada di dalam kereta, yang kemudian memberitahu telah melihat seseorang memasuki tandas tersebut.
Adzli berkata, mangsa kemudian memaklumkan kepada pekerja stesen minyak berkenaan sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Petani.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil.
Difahamkan, suspek akan direman pada Jumaat.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Dec 17 2020

Perlakuan suspek berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di hadapan tandas. - Foto ihsan polis

Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

AWANI Ringkas: Pemimpin dapat kuasa, jangan susahkan rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MetMalaysia | Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga esok. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari tadi memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Palestin | Penduduk Al-Ahmar dihalau, rumah dirobohkan
Rakyat Palestin di halau keluar daripada kediaman mereka di Khan al-Ahmar. Penduduk hanya mampu melihat, pihak rejim Israel memusnahkan rumah, mengeluarkan arahan berpindah dan mengembangkan kawasan penempatan haram Israel.

Serangan Dron | Letupan di kilang pertahanan Iran
Kilang pertahanan Iran meletup akibat serang dron pada awal pagi Ahad. Kementerian Pertahanan Iran melaporkan berlaku kerosakan pada bumbung fasiliti berkenaan dan tiga dron telah ditembak jatuh.

Politik | Jangan susahkan rakyat ketika ada kuasa - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin supaya jangan menyusahkan rakyat ketika mereka ada kuasa. Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa untuk membantu rakyat yang terdiri pelbagai kaum.

Belanjawan 2023: Pemilikan rumah mampu milik antara hasrat golongan belia - Ahmad Maslan
Pemilikan rumah mampu milik merupakan antara intipati atau hasrat yang diutarakan oleh golongan belia dalam sesi dialog Belanjawan 2023 yang diadakan pada minggu lepas.

Konsep 'Malaysia Madani' bukan retorik atau slogan semata-mata - Wan Azizah
Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jangan susahkan rakyat ketika berkuasa - Anwar
Anwar mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Pembaharuan institusi: G25 gesa kerajaan keluar laporan IRC
Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) menggesa kerajaan supaya mengeluarkan laporan dibuat Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) yang ditubuhkan pada tahun 2018.

'Import' pakar perumahan Singapura bukan bermakna Malaysia lemah- Nga Kor Ming
Tuduhan sesetengah pihak kononnya perkongsian pakar perumahan Singapura dibuat bagi mengisi kelemahan penjawat awam Malaysia adalah tidak benar dan berniat jahat.

Lapor rasuah: 11 penjawat awam di Sabah diiktiraf
Seramai 11 penjawat awam di Sabah menerima pengiktirafan daripada kerajaan Persekutuan kerana melaporkan sesuatu penawaran atau pemberian rasuah sepanjang tahun lepas.

Bonus dikecuali cukai: Cuepacs sifatkan keputusan PM Anwar munasabah
Cuepacs menyambut baik pengumuman Perdana Menteri untuk mengecualikan cukai ke atas pemberian bonus atau bantuan khas kewangan kepada kakitangan awam di semua negeri.

Bonus penjawat awam di semua negeri tidak akan dikenakan cukai - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keputusan dibuat atas pertimbangan bahawa bonus penjawat awam adalah tidak tinggi dan tidak wajar dikenakan cukai.

Tiga penjawat awam ditahan terima rasuah
Tiga penjawat awam di salah sebuah jabatan kerajaan di Kota Kinabalu dan Lahad Datu ditahan pada Rabu kerana disyaki menerima rasuah bagi setiap pengeluaran lesen Kapal Kecil Berlesen Sabah.

Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.

Hutang negara cecah RM1.2 trilion - Anwar
Penjawat awam diingat agar tidak leka memandangkan hutang negara kini telah mencecah RM1.2 trilion, ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar mahu penjawat awam buat teguran terhadap pelanggaran undang-undang
Anwar berkata teguran tersebut turut membabitkan dirinya yang kini memegang portfolio Menteri Kewangan.

PM seru penjawat awam beri contoh baik kepada rakyat
Jelasnya, mereka yang berada di peringkat atasan harus menjadi contoh yang baik kepada rakyat.