awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Perak terima bantuan khas RM500 bulan depan

Bernama
Bernama
15/11/2016
05:12 MYT
Penjawat awam Perak terima bantuan khas RM500 bulan depan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (tengah) menunjukkan ucapan Bajet 2017 yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Yang Ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. - fotoBERNAMA
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan pemberian bantuan khas RM500 kepada pegawai kerajaan negeri bulan depan.
Beliau berkata ia melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM4.1 juta.
Sementara itu bagi menghargai penjawat awam yang akan bersara tahun depan, kerajaan negeri meneruskan penyediaan insentif khas berjumlah RM1.2 juta, katanya ketika membentangkan Bajet Perak 2017 di Dewan Undangan Negeri hari ini.
Bajet bertemakan 'Pertumbuhan dan Kesejahteraan' melibatkan peruntukan keseluruhan RM1.07 bilion.
Zambry berkata bagi menghargai usaha ketua kampung pula, kerajaan negeri mulai tahun depan akan membayar elaun tambahan RM200 seorang kepada 17 ketua kampung Felda yang keseluruhan berjumlah RM0.04 juta.
Elaun sebanyak RM800 seorang akan turut dibayar kepada tujuh ketua kampung India yang keseluruhan berjumlah RM0.07 juta, katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Bajet Perak 2017
#bantuan khas RM500
#pegawai kerajaan negeri
#Perak
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan