PUTRAJAYA: Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata apabila sesuatu dasar diumumkan kerajaan, penjawat awam perlu melaksanakannya dengan pantas dan cara yang baharu.
"Jadi apabila ada keputusan Jemaah Menteri disampaikan oleh KSN (Ketua Setiausaha Negara), KSU (Ketua Setiausaha), kalau kita guna cara lama, kita tak mungkin boleh berjaya, inilah sebabnya mengapa saya katakan, kepesatan dan kecepatan, kelulusan itu sangat mendesak," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada pada Sesi Townhall Lebaran Aidilfitri Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) bersama Perdana Menteri di sini hari ini, yang turut dihadiri KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Presiden PPTD Datuk Seri Isham Ishak.
Anwar berkata penjawat awam boleh memberikan input sekiranya merasakan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri dirasakan tidak bijak.
"Mana-mana keputusan, kalau saudara merasakan ini keputusan Jemaah Menteri yang tidak bijak, jadi segera bagi input, tetapi apabila keputusan sudah dibuat penjawat awam mesti jalankan dasar yang dibuat, dan ini dasar baharu bukan sahaja bagi saudara, malah kepada saya juga," katanya.
Mengambil contoh di Pulau Pinang sebagai negeri maju dan meraih pelaburan puluhan bilion ringgit selain pendapatannya antara tertinggi dalam kalangan negeri lain, bagaimanapun ia memiliki kira-kira 2,000 penduduk miskin tegar.
"Macam di Pulau Pinang, negeri maju, pelaburan puluhan bilion (ringgit), pendapatannya antara tertinggi berbanding negeri lain jauh lebih tinggi, tetapi masih ada sekitar 2,000 miskin tegar, saya kata tidak, saya beritahu ketua menteri, mahu ini diselesaikan dalam bulan ini, sebab kita ada upaya," katanya.
Pada masa yang sama Anwar turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kerana mendapat kerjasama penuh kalangan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dalam melaksanakan urusan pentadbiran negara.
Anwar berkata antara langkah awal diambilnya semasa beliau memegang tampuk pemerintahan negara ialah memastikan sebaik sahaja Jemaah Menteri dipilih, lantikan setiausaha sulit kanan mesti dari kalangan PTD atau penjawat awam.
"Saya nak bagi signal jelas bahawa pentadbiran di bawah Anwar harus bermula dengan pendirian untuk bekerjasama dan sinergi dengan PTD," katanya.
Sementara itu Isham semasa berucap berkata sesi townhall pada petang ini dengan tagline 'PPTD Tonggak Malaysia MADANI', merupakan medan wacana untuk pihak PPTD berinteraksi lebih dekat dengan perdana menteri bagi mendapatkan pandangan, nasihat serta buah fikiran terutamanya dalam usaha untuk menaik taraf kehidupan rakyat, memajukan negara dan seterusnya merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.
"Dasar-dasar dan segala inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan yang memerintah pastinya sentiasa didukung sepenuhnya oleh para penjawat awam bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan berkesan serta mencapai objektif yang diharapkan.
"Dalam hal ini, peranan PTD cukup signifikan dalam membantu kerajaan bukan sahaja memimpin organisasi, malah turut sama-sama merangka dasar, menggembleng tenaga dan buah fikiran sebagai satu pasukan untuk membangunkan dan memajukan negara yang kita cintai ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Anwar berkata penjawat awam boleh memberikan input sekiranya merasakan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri dirasakan tidak bijak. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat, taburan hujan lebih rendah - MetMalaysia
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September, menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak.
Keluarga harap proses hantar pulang jasad kru kapal ke Malaysia dipercepat
Keluarga Muhammad Isa Muhammad Veeramohan, 31, kru kapal warga Malaysia yang maut di Bangladesh Rabu lepas, berharap kerajaan membantu percepat penghantaran pulang jenazah.
Pantau Belanjawan 2023: Menjamin kelestarian bandar, dan keselamatan orang ramai
Secara umumnya, statistik kes pokok tumbang menunjukkan peningkatan di seluruh negara. Pada 2021, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melaporkan 3,081 kes dan meningkat kepada 3,358 kejadian pada tahun berikutnya. Bagi tahun 2023 pula, sebanyak 499 kes dilaporkan hanya dalam tempoh Januari hingga Februari.
Perhilitan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Dabong
Perhilitan Kelantan menangkap seekor gajah jantan liar yang mengganggu kehidupan penduduk sekali gus memberikan kelegaan di Kampung Kemubu, Dabong di sini pada Isnin.
Cuepacs yakin semua negeri sedia selaras kenaikan gaji penjawat awam ikut Persekutuan
Cuepacs yakin semua kerajaan negeri bersedia melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam mereka, selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Kelantan akan selaras kenaikan gaji penjawat awam negeri - MB
Kerajaan Kelantan akan menyelaraskan kenaikan gaji penjawat awam negeri itu seiring dengan kenaikan gaji penjawat awam kerajaan Persekutuan.
Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji
Kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.
JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam - Pakar
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi fleksibiliti kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat untuk menilai prestasi penjawat awam.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjawat awam tiada integriti tidak berhak dapat layanan sama dari kerajaan - PM Anwar
Tingkat integriti penjawat awam perlu setimpal dengan pengiktirifan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan kawalan pengurusan kewangan - PM
Ketegasan dalam menguruskan kewangan juga mampu untuk memberikan lebih banyak manfaat serta barakah selepas ini kepada kumpulan terbabit.
Jangan politikkan isu kebajikan penjawat awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa semua pihak tidak mempolitikkan isu kebajikan penjawat awam termasuk pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri pada 1 Mei lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kenaikan gaji penjawat awam bukan bahan kempen - Saifuddin
Saifuddin perkara itu sudah lama diteliti oleh Kerajaan Perpaduan dan ia dirancang untuk diumumkan pada 1 Mei lepas sempena sambutan Hari Pekerja 2024.