awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Pulau Pinang sita 73 kereta mewah bernilai lebih RM10 juta dalam Op Luxury
[TERKINI] Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa terima suapan AS$20,000, tiket penerbangan
JIM tahan 19 wanita warga asing, bongkar pusat kecantikan tawar khidmat tidak bermoral
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam perlu berfikir dan bertindak di luar kebiasaan - Muhyiddin

Bernama
Bernama
29/10/2014
09:59 MYT
Penjawat awam perlu berfikir dan bertindak di luar kebiasaan - Muhyiddin
MUHYIDDIN: Perkara itu bagi menggalakkan kakitangan mengusahakan sesuatu pembaharuan. -Gambar fail
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyarankan supaya penjawat awam berfikir dan bertindak di luar kebiasaan untuk melahirkan idea kreatif melalui tindakan inovatif.
Muhyiddin berkata penjawat awam perlu sentiasa berani untuk mencabar status quo dan menyanggah pendekatan konvensional dengan menampilkan idea-idea unik di luar kebiasaan.
Dalam hal itu, peranan ketua jabatan penting bagi menyediakan ruang serta peluang kepada warga organisasinya melebarkan horizon pemikiran dan menampilkan inovasi yang bitara, katanya semasa berucap sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2014 di sini.
Katanya ketua jabatan juga perlu lebih kreatif dalam menyediakan pelbagai platform menjana dan menggalakkan percambahan idea baharu.
"Perkara itu bagi menggalakkan kakitangan secara sukarelanya merasa terpanggil untuk mengusahakan sesuatu pembaharuan yang dapat memudahkan tugas, " katanya.
Muhyiddin berkata beberapa pendekatan boleh diusahakan ketua jabatan antaranya dengan mengadakan sesi percambahan idea, memberi peluang kepada kakitangan menyertai latihan serta memberi insentif dan pengiktirafan kepada yang berjaya mencetus perubahan positif.
Muhyiddin berkata dengan wujudnya ekosistem inovasi yang positif, ia dapat menggerakkan pembudayaan inovasi seiring dengan budaya kecemerlangan.
Pada majlis itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dinobatkan pemenang Jabatan Paling Inovatif.
Turut menerima anugerah ialah Parlimen Malaysia bagi Anugerah Peneraju e-Perolehan dan Anugerah Pusat Tanggungjawab Terbaik pula dimenangi Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Topic Berkaitan
#bertindak
#fikir
#idea kreatif
#luar kebiasaan
#Muhyiddin Yassin
#penjawat awam
#tindakan inovatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan