awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam rugi lebih RM700,000 ditipu sindiket Macau Scam

Bernama
Bernama
28/02/2022
12:24 MYT
Penjawat awam rugi lebih RM700,000 ditipu sindiket Macau Scam
Mangsa berusia 52 tahun itu telah dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai mahkamah pada 4 Okt tahun lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam lelaki kerugian RM711,626 selepas diperdaya oleh sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai mahkamah dan polis di sini tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata, mangsa berusia 52 tahun itu telah dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai mahkamah pada 4 Okt tahun lepas.
"Suspek memberitahu mangsa kononnya terlibat dengan pengubahan wang haram dan jenayah rasuah namun mangsa menafikannya.
"Panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada pihak 'polis' dan diarahkan untuk membuat transaksi ke 13 akaun berbeza," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang ketakutan membuat 74 transaksi berjumlah RM711,626 di antara 15 Okt 2021 hingga 17 Jan lepas ke akaun berlainan.
Katanya, mangsa yang menyedari dirinya tertipu membuat laporan polis pada Sabtu lepas dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Justeru, Mohd Mahidisham menasihati orang ramai agar mendapatkan butiran terperinci pihak berkuasa yang berhubung dengan mereka mengenai sebarang siasatan seperti nama dan pangkat pemanggil serta tempat bertugas.
"Buat semakan di balai berdekatan untuk memastikan butiran panggilan adalah benar-benar daripada pihak berkuasa dan membuat panggilan semula kepada agensi berkenaan melalui talian rasmi," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Macau Scam
#pengubahan wang haram
#Jenayah rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan