Skip to main content

Malaysia

Penjawat awam tak mengaku amang seksual fizikal dua anak perempuan

MELAKA – Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuannya yang masing-masing berusia 10 dan 12 tahun antara Februari hingga April lalu.
Tertuduh berusia 39 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuannya.
Advertisement

MELAKA: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuannya yang masing-masing berusia 10 dan 12 tahun antara Februari hingga April lalu.

Tertuduh berusia 39 tahun membuat pengakuan itu terhadap tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia 10 tahun di sebuah rumah di Melaka Tengah, kira-kira jam 8 pagi pada pertengahan Februari lalu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi anak perempuannya yang berusia 12 tahun di lokasi sama, kira-kira jam 8 pagi pada 29 April lalu.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Rif'ah 'Izzati Abdul Mutalif memohon mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 selain syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta melapor diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, peguam bela, Quek Kia Ping memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai kerani dengan pendapatan sekitar RM2,000 ke RM3,000 sebulan.

Menurutnya, abang tertuduh yang menjadi penjamin hanya bekerja sebagai juruteknik berpendapatan sekitar RM3,000 serta mempunyai tanggungan keluarga, selain wang jaminan yang akan digunakan adalah hasil pinjaman daripada ahli keluarga.

Beliau turut memaklumkan tertuduh kini tidak lagi tinggal bersama mangsa, sebaliknya menetap bersama bapanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM24,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan.

Mahkamah menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement