awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting

Sinar Harian
Sinar Harian
29/01/2023
02:30 MYT
Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Polis buru empat penjenayah yang menyamun dua kediaman di Banting. -Gambar hiasan
KUALA LANGAT: Polis giat memburu empat penjenayah bertopeng yang menyamun dua kediaman di Taman Banting dan Simpang Morib, Banting di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima dua laporan polis mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.45 dan 7 pagi.
Menurutnya, kes itu melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai sarung muka dan bersenjatakan parang.
"Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.
"Kedua-dua kejadian itu melibatkan keseluruhan kerugian berjumlah RM13,000," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, usaha mengesan kesemua suspek masih giat dijalankan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan dengan menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.
Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pihaknya di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Banting
#penjenayah bersenjata
#penyamun bertopeng
#rompakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan