awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjenayah solo nekad rompak bank di Shah Alam

Hilmi Malik, Umavathi Ramayah
Hilmi Malik, Umavathi Ramayah
22/04/2020
12:05 MYT
Penjenayah solo nekad rompak bank di Shah Alam
Imej rakaman CCTV yang memperlihatkan perompak berpakaian windbreaker serta penutup muka berwarna hitam berada di bangunan bank. - Gambar IPD Shah Alam
Pekerja sebuah bank di Seksyen 13 Shah Alam di sini melalui detik cemas, apabila seorang lelaki bersenjatakan pistol melepaskan tembakan sebelum merompak bank berkenaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang Rabu, suspek melepaskan satu das tembakan di pintu masuk sebelum memaksa salah seorang kakitangan di kaunter wang untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM3,716.
Menurut pihak polis, suspek yang dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank tersebut dilihat memakai jaket windbreaker berwarna hijau gelap dan mengenakan topeng hidung dan mulut selain turut menutup bahagian kepalanya.
"Kami juga menemukan sebutir kelongsong peluru di tempat kejadian," katanya di sini pada Rabu.
Baharudin berkata, ketika kejadian hanya empat pekerja berada berada di dalam bangunan bank tersebut dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Chua Cheong Kheow di talian 019-4217868 dengan segera.
Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 yang boleh membawa hukuman mati.
Topic Berkaitan
#bank
#IPD Shah Alam
#rompakan
#topeng muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan