awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan

Sinar Harian
Sinar Harian
31/07/2021
01:11 MYT
Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan
Pil Ivermectin yang dijual secara dalam talian diragui keasliannya. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Mana-mana pihak yang mempromosi penjualan ubat Ivermectin sebagai penawar COVID-19 boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Racun 1952.
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (PFM), Amrahi Buang berkata, kesalahan itu berdasarkan Akta Racun 1952 mengenai penjualan ubat tersebut.
“Apabila tidak mengikut undang-undang, sesiapa yang membuat perkara ini telah menyalahi undang-undang dan boleh dihukum. Tidak kira sama ada doktor, ahli farmasi atau sesiapa sahaja.
“Ahli farmasi atau doktor perlu memaklumkan kepada pesakit mengenai ubat ini tidak boleh digunakan untuk merawat COVID-19,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Pada 27 Julai lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi kelulusan khas penggunaan ubat ini secara off label untuk kajian klinikal sahaja.
Dalam pada itu, Amrahi turut membidas tentang penjualan ubat tersebut secara berleluasa termasuk menerusi dalam talian.
“Ubat ini boleh didapati menerusi dalam talian dan jika diimport, ia boleh melepasi pelbagai peringkat seperti kastam.
“Sedangkan ubat berkenaan belum diluluskan penggunaannya bagi rawatan COVID-19 di negara ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Amrahi berkata, pihaknya turut berasa bimbang dengan pembelian Ivermectin oleh pengguna sama ada di luar negara atau dalam talian adalah ubat yang palsu.
“Macam mana seseorang itu boleh tahu itu bukan ubat palsu? Sebab ia tidak didaftarkan di Malaysia,” katanya.
Sehubungan itu, beliau turut menggesa agar kerajaan mengambil tindakan terhadap penjualan ubat ini sama ada secara dalam talian atau dibawa masuk dari luar negara.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. ‘Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan’
Topic Berkaitan
#Ivermectin
#penawar COVID-19
#jualan dalam talian
#Akta Racun 1952
#tindakan tegas
#Amrahi Buang
#Persatuan Farmasi Malaysia
#PFM
#Adham Baba
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan