awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjualan Ivermectin: Polis sedia bantu KKM - Mazlan

Bernama
Bernama
19/08/2021
09:10 MYT
Penjualan Ivermectin: Polis sedia bantu KKM - Mazlan
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata isu penjualan ubat berkenaan berada di bawah KKM mengikut Akta Racun 1952. - Gambar fail/Astro AWANI
KOTA BHARU: Polis sedia membantu jika pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membuat aduan berhubung penjualan secara haram ubat Ivermectin sebagai penawar COVID-19.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata isu penjualan ubat berkenaan berada di bawah KKM mengikut Akta Racun 1952.
"Kita akan bantu kalau ada laporan daripada pihak KKM tentang adanya sindiket (penjualan Ivermectin), maka kita akan jalankan siasatan," katanya selepas melakukan lawatan kerja rasmi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan promosi penjualan Ivermectin sebagai ubat yang didakwa mampu menyembuhkan jangkitan COVID-19 semakin agresif di pasaran gelap serta media sosial.
Dalam perkembangan lain, beliau sekali lagi meminta rakyat untuk tidak membuat sebarang spekulasi, hasutan atau menularkan perkara tidak benar berhubung situasi politik negara kerana ia mampu mengancam keamanan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Ivermectin
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#Timbalan Ketua Polis Negara
#Mazlan Lazim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan